Isnin, 28 Mac 2016

Badakhshan


Badakhshan merupakan antara kawasan yang dicadangkan oleh Sajiah sebagai kawasan menarik yang boleh dikunjungi jika kita melancong ke Afghanistan. Menurutnya, kawasan itu terdapat gunung-ganang, rumput hijau yang segar seperti kawasan perkampungan yang terdapat di Malaysia. 
Pemandangan di Kedah
Nak dipendekkan cerita, Sajiah sukakan kawasan yang tenang dan mempunyai pemandangan yang sejuk mata memandang. Jadi, kami bertanya tempat yang menjadi pilihan dia sebagai destinasi pelancongan di Malaysia, dia menjawab Kedah kerana pemandangan kampung yang tenang dan penuh dengan kehijauan berbanding di bandar.



Pemandangan bukit yang hijau...sejuk mata melihat

Pemandangan Badakhshan yang penuh dengan bukit bukau
Badakhshan merupakan kawasan bersejarah yang terdiri daripada bahagian-bahagian Timur Laut Afghanistan dan Tenggara Tajikistan.


Badakhshan
Kawasan ini memiliki pemandangan yang mampu memulihkan jiwa yang kusut dan sesuai bagi mereka yang mahu melarikan diri dari kesibukan kota.


Cantik lagi memukau

Tidak rugi jika melancong ke Badakhshan

Musim bunga di daerah Zibak, Badakhshan

Langit membiru, gunung-ganang memukau....cantiknya

Selain itu, antara tempat menarik yang boleh dilawati ketika berada di Badakhshan seperti Lake Shiwa. Wilayah di sekitar Lake Shiwa dipengaruhi oleh ciri bentuk glasier.


Pemandangan Lake Shiwa

Lake Shiwa yang mampu membuat pelancong terpesona keindahannya

Masyarakat Afghanistan mempunyai jiwa yang ceria. Justeru, pasti mereka memiliki muzik yang mampu menghidupkan suasana itu.Badakhshan memiliki warisan muzik yang unik iaitu Pamiri Isma'iliyyah. Video dibawah merupakan antara muzik Pamiri..silalah dengar :)

Rabu, 23 Mac 2016

Kenderaan...pon...pon...(bunyi kenderaan :D)

Bumi Afghanistan juga mempunyai rutin harian yang memerlukan kenderaan bagi memudahkan urusan harian mereka. Melalui temubual bersama Sajiah, dia mengatakan bahawa antara kenderaan yang digunakan di sana ialah bas, kereta, keldai, dan kuda. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh terdapat juga perbezaan antara kenderaan di Malaysia dengan Afghanistan. Anda boleh melihat kenderaan yang digunakan oleh mereka melalui gambar yang dipaparkan di bawah.


Bas yang digunakan oleh penduduk Afghani...unik kan..

Bas...memudahkan perjalanan mereka

Keldai..kenderaan semula jadi tu.. :) kesian keldai..

Tunggangan kuda dan keldai yang digunakan bukan sahaja untuk barang tapi manusia pun boleh...

Kereta..bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Naik ramai-ramai boleh mengurangkan pencemaran udara.. :)

Comel kan kuda tu...he he

 Ayuhlah kita menghargai apa yang kita miliki walaupun ianya tidak semewah seperti dunia luar dan bersifat sementara....

Isnin, 21 Mac 2016

Pakaian tradisional

Gand Afghani

Gand Afghani
Salwar Kameez
Di Malaysia, pakaian tradisional masyarakat Melayu ketika menyambut Hari Raya ialah baju kurung manakala menurut Sajiah pula, pakaian yang dipakai ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di Afghanistan ialah gand afghani. Selain itu, terdapat juga pakaian tradisional yang lain iaitu Salwar Kameez. Pakaian ini merupakan pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita dan lelaki. Salwar adalah seluar yang hampir menyerupai baju tidur. Kakinya adalah lebar di atas dan sempit di buku lali. Manakala kameez adalah baju panjang atau tunic.





Salwar Kameez

Salwar Kameez untuk pengantin lelaki

Salwar Kameez untuk wanita

Antara rekabentuk Salwar Kameez

Salwar Kameez untuk lelaki

Ahad, 20 Mac 2016

Jenis Perayaan





Masyarakat Afghanistan juga menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti Malaysia. Dalam masa yang sama, satu jenis sambutan yang disambut dengan lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri iaitu Nowruz.


" Festival Nowruz bukan hanya hari spesial untuk kami yang berasal dari negara-negara Persia saja, tetapi juga hari internasional. Nowruz menandakan hari pertama musim semi. Inilah momen kekeluargaan paling dinanti tiap tahun. Tiap keluarga berkumpul bersama, mengenakan pakaian tradisional, memasak kuliner khas lokal, menari dan menggelar perlombaan olahraga"ungkap Duta Besar Azerbaijan Tamerlan Karayev saat membuka acara -Dipetik dari BeritaSatu.com

    Festival Nowruz, Pesta Tahun Baru

Nowruz membawa maksud 'new day' merupakan perhitungan kalendar Persia dan dirayakan pada hari vernal equinox astronomi, yakni ketika jumlah waktu malam dan siang hari berlangsung dalam durasi sama di bumi bahagian utara dan menandai mulai musim semi. Lazimnya, sambutan ini disambut sekitar 20 hingga 22 Mac.



Bagi masyarakat Afghanistan, sejarah dan budaya Nowruz adalah manifesto penghormatan akan kehidupan, alam dan nilai-nilai kemanusiaan yang telah berakar dalam puisi, sastera, seni dan tradisi keluarga serta masyarakat itu. Tambahan pula,di saat warga Afghanistan menyambut Nowruz mereka jua memiliki tradisi khusus untuk merayakannya. Antaranya adalah Mileh Gol-e Sorkh (perayaan bunga mawar), Jashn Dehghan (perayaan petani) dan Tahiyeh Haft Miveh (persiapan buah tujuh rupa). Namun, tradisi yang paling terkenal yang disambut oleh Afghanistan adalah Mileh Gol-e Sorkh dan merupakan tradisi yang lahir setelah Islam.
Buah tujuh rupa

Begitu indah perayaan yang disambut oleh mereka. Lantas, pelbagai persiapan telah dilakukan bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Dua hari menjelang Nowruz, keluarga Afghanistan mempersiapkan buah tujuh rupa untuk menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah. Pelbagai jenis buah yang terdapat dalam buah tujuh rupa tapi sebelum itu buah-buah itu akan dikeringkan terlebih dahulu. Antaranya adalah kismis, aprikot, seladren, pistachio, kacang walnut, kacang almond dan eshtaq (buah lokal).


Kismis, aprikot, seladren, pistachio, kacang walnut, kacang almond, eshtaq
Buah tujuh rupa ini adalah hidangan yang WAJIB dihidangkan kepada para tetamu.


    Festival Nowruz,Afghanistan


Selain itu, terdapat juga makanan tradisi yang dihidangkan ketika perayaan Nowruz. Antaranya seperti yang dipaparkan dalam gambar.


Makanan tradisi Afghanistan

Makanan tradisi Afghanistan

Makanan tradisi Afghanistan




Jumaat, 18 Mac 2016

Pengenalan

... Assalammualaikum..Apa khabar ??? ..Kini anginkencang membawa kau jauh terbang ke Afghanistan.. He He.
    Afghanistan merupakan sebuah negara di Asia Tenggara. Ibu negara bagi Afghanistan adalah Kabul. Kabul terletak di bahagian Timur Afghanistan. Memiliki luas sekitar 251.771 mil persegi dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 30 juta manusia.

Ibu negara Afghanistan
Kabul
Tambahan pula, menurut Sajiah, Pashtu dan Dari merupakan dua bahasa nasional yang di miliki oleh Afghanistan. Dari adalah dialek bahasa Persia yang penggunaannya lebih luas di wilayah utara dan tengah Afghanistan, manakala Pashtu pula lebih dituturkan di wilayah selatan. Di samping itu, terdapat bahasa lain yang dipertuturkan oleh penduduk Afghanistan seperti bahasa Uzbekistan, Balochi dan Turkmen. Hal ini hampir sama dengan negara kita, Malaysia kerana bahasa rasmi Malaysia adalah bahasa Melayu tetapi disebabkan Malaysia memiliki pelbagai kaum lantas wujud variasi bahasa seperti Mandarin, Tamil dan sebagainya. Begitulah indahnya sesebuah negara itu apabila di limpahi dengan keindahan bahasa. Bahasa jiwa bangsa. Selain itu, agama utama di bumi Afghanistan adalah agama Islam.

Apabila kami menemu bual Sajiah,sememangnya perwatakan yang ditonjolkan olehnya sebagai masyarakat Afghanistan adalah ceria, aktif, ramah dan sebagainya. Hal ini kerana, sepanjang kajian yang kami terajui, penduduk Afghanistan sememangnya ceria, aktif, mesra dan sebagainya. Hal ini terbukti apabila mereka menyambut sesuatu perayaan seperti Nowruz. Mereka juga akan menari apabila menyambut sesuatu perayaan.

Disambut dengan meriah
Disambut dengan tarian

Sudah terang lagi bersuluh, bahawa mereka sememangnya penduduk yang mesra dan ceria. Wah begitu unik sesuatu budaya daripada pelbagai negara. Sememangnya, Allah adalah sebaik-baik Pencipta.

Khamis, 17 Mac 2016

Assalammualaikum pembuka bicara


Assalammualaikum....

   Blog anginkencang akan menerbangkan anda menyelusuri serba sedikit mengenai nilai-nilai, kecenderungan emosi, bahasa dan bahasa badan, makanan serta pakaian masyarakat Afghanistan. Justeru itu, kami telah menemubual seorang penuntut UIAM yang datang dari Afghanistan.



Kami menemubual Sajiah di Surau KICT. Ketika itu beliau sedang mengulang kaji pelajaran bersama rakannya. Tapi kami telah meminta izinnya untuk berbual seketika dan menerima respond yang baik. Pelbagai perkara yang kami peroleh dari beliau tentang tanah kelahirannya iaitu Afghanistan. Terima kasih Sajiah!