Afghanistan merupakan sebuah negara di Asia Tenggara. Ibu negara bagi Afghanistan adalah Kabul. Kabul terletak di bahagian Timur Afghanistan. Memiliki luas sekitar 251.771 mil persegi dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 30 juta manusia.
Ibu negara Afghanistan |
Kabul |
Tambahan pula, menurut Sajiah, Pashtu dan Dari merupakan dua bahasa nasional yang di miliki oleh Afghanistan. Dari adalah dialek bahasa Persia yang penggunaannya lebih luas di wilayah utara dan tengah Afghanistan, manakala Pashtu pula lebih dituturkan di wilayah selatan. Di samping itu, terdapat bahasa lain yang dipertuturkan oleh penduduk Afghanistan seperti bahasa Uzbekistan, Balochi dan Turkmen. Hal ini hampir sama dengan negara kita, Malaysia kerana bahasa rasmi Malaysia adalah bahasa Melayu tetapi disebabkan Malaysia memiliki pelbagai kaum lantas wujud variasi bahasa seperti Mandarin, Tamil dan sebagainya. Begitulah indahnya sesebuah negara itu apabila di limpahi dengan keindahan bahasa. Bahasa jiwa bangsa. Selain itu, agama utama di bumi Afghanistan adalah agama Islam.
Apabila kami menemu bual Sajiah,sememangnya perwatakan yang ditonjolkan olehnya sebagai masyarakat Afghanistan adalah ceria, aktif, ramah dan sebagainya. Hal ini kerana, sepanjang kajian yang kami terajui, penduduk Afghanistan sememangnya ceria, aktif, mesra dan sebagainya. Hal ini terbukti apabila mereka menyambut sesuatu perayaan seperti Nowruz. Mereka juga akan menari apabila menyambut sesuatu perayaan.
Disambut dengan meriah |
Disambut dengan tarian |
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa mereka sememangnya penduduk yang mesra dan ceria. Wah begitu unik sesuatu budaya daripada pelbagai negara. Sememangnya, Allah adalah sebaik-baik Pencipta.
0 ulasan :
Catat Ulasan